NAK CANTIKKK (Part 1)

Assalamualaikum korang,

Hari ini 8/12/2019 (Ahad) aku nak share serba sedikit pengalaman aku pergi klinik hana.  Klinik hana yang aku pergi ni cawangan dekat Bangi seksyen 9.  First, things first aku nak share macam mana aku boleh sampai ke klinik hana ni.. Actually aku dah lama scroll klinik hana punya instagram hikhikhikhik.  Bak kata orang bila tangan dah start scroll ni mula la hati tak keruan kan.  Sebenarnya aku jalan jalan jer dekat seksyen 9 ni, yelakan bnayak kedai kedai baju...Jalan punya jalan ternampak sighboard klinik hana aku pun melangkah kaki la ke kedai dia.  Hah maka itu bermula la kisah aku dengan Klinik hana ni



Firstly, aku masuk je dalam klinik hana tu aku terus pergi ke kaunter dia tanya "saya first time datang nak kena isi borang dulu ke" then staff klinik hana tu cakap " ye saya kena isi borang dulu, boleh duduk dulu nanti saya panggil yer"... Lepas dah isi borang tu aku pun duduk sekejap tunggu giliran panggil untuk jumpa doktor... Klinik hana ni gais untuk consultation sahaja RM 80 tapi kalau korang amik pakage rawatan sekali consultation cuma bayar RM 30 sahaja.


Bila turn aku dipanggil, aku masuk kedalam bilik untuk berjumpa dengan doktor. Dalam bilik tu dia akan scan muka kita..hmmmm terperanjat aku tengok muka dekat screen..Tengok dari cermin tkde la teruk mana tapi bila dah check telan air liur weh tengok muka sendiri.. Kulit aku ni jenis acne prone skin.. tapi jerawat yang nanah timbul besar tu tak ada la, cumanya redness dengan sikit sikit yang tak hilang tu.. Bila aku tanya doktor kenapa redness dekat muka aku ni tak hilang padahal aku dah pakai skincare untuk hilangkan redness dekat muka tu.  Then, doktor tu kata liang muka aku dah sumbat sebab tu jerawat tak keluar habis. Doktor suggest aku amik treatment jerawat.. Tapi aku duduk jauh tak mungkin laa nak datang selalu. Then aku amik treatment yang acne 360 basic which is ada 3 kali rawatan, ubat dan skincare, untuk orang yang jauh macam aku ok la ..So, untuk first day treatment dorang just bersihkan muka aku then sapu asid untuk mati kan jerawat ( yang nih pedih sikit la) then dorang pakaikan mask then we are done.... 


Selepas selesai treatment aku pergi kaunter then dia ada bagi ubat (antibiotik & krim jerawat) dan skincare ( cleanser & toner)....So ni aku tunjuk ubat yang aku dapat



kalau korang berminat nak tahu lebih detail tetang klinik hana korang boleh datang dekat mana mana cawangan klinik hana ni.. yelah skin kita lain lain so better pergi and consult maybe doktor akan suggest rawatan yang bersesuaian dengan skin korang... So after 2 month aku akan sambung la journey aku dengan klinik hana ni ok ke tak ...Thank you sudi membaca..


Comments

Post a Comment